Popular Posts

Tuesday 13 December 2011

Aku Tidak Tahu!

Buku di tangan kutolak tepi, nyata aku sememangnya tiada semangat untuk belajar kini. Wajah bengis ibu tiri mula memenuhi kotak fikiranku. Diri ini terlalu jauh dari dunia nyata, lamunanku terus kepada ingatan benci pada seorang wanita perampas bernama..
"Farhani! Turun cepat, Auntie Sara dah sampai." Kedengaran suara ayah menjerit. Aku memaki hamun dalam hati. Setiap kali perempuan itu datang pasti ayahku akan menyuruh aku menyalami wanita itu sedangkan hati ini tak dapat menerima kehadirannya apatah lagi memandang wajahnya. Pengalaman yang pernah dilalui oleh Maira, teman baikku takkan aku benarkan ia terjadi dalam hidupku. Aku sanggup tak beribu dari mempunyai ibu tiri yang kejam dan zalim.
Jeritan ayah kubiar sepi. Biarlah kali ini aku menunjukkan secara terang bahawa aku tidak menyenangi wanita itu. "Farhani!" Namaku dipanggil sekali lagi.
Pantas aku merebahkan diri ini di atas katil kerana aku tahu ayah akan memanggil aku buat kali ketiga. Jika aku masih tidak menyahut dirinya, ayah pasti ke atas untuk melihat keadaan aku. "Farhani?"
Knokk..Knok..
Tombol pintu bilikku dipulas. Tepat seperti yang aku jangka, ayah memasuki bilikku untuk melihat keadaanku. "Farhani, bangun.. Auntie Sara datang, dia teringin sangat nak jumpa dengan Hani. Bangun Hani." Lembut ayah mengejut aku dari tidur yang kepura-puraan. Aku mengeliat malas.
"Hani mengantok sangat-sangatlah ayah, ayah tolong kirim salam pada Auntie Sara dari Hani. Hani nak sambung tidur." Ucapku seraya membaringkan semula tubuhku di tilam empukku. Ayah mengeluh lalu beredar dari bilikku.
Dari jauh aku memasang telinga mendengar setiap bait-bait perkataan ayah pada perempuan itu. "Maaflah, rasanya hari ini Sara tak dapat jumpa dia. Hani tengah tidur sekarang, dia letih sangat, mungkin tadi dia ada latihan bola jaring dekat sekolah."
"Tak mengapalah abang, esok Sara masih boleh bertemu dia. Biarlah dia tidur nanti tak cukup tidur pula."
"Terima kasih sebab memahami."
Hati aku benar-benar panas pabila ayah memuji Auntie Sara. Ah, perempuan itu sekadar berlakon, aku takkan tertipu. Auntie Zaza pun baik masa mula-mula dia bertemu dengan Maira, tengoklah yang terjadi, Maira menderita sebaik sahaja Auntie Zaza mula tinggal bersama setelah mengawini Uncle Umar.
Lihatlah nanti dunia aku akan membuktikan pada ayah wanita itu tidak sepadan dengannya, tidak layak untuk dijadikan teman pada seorang lelaki sebaik ayah. aku akan sedarkan dirimu wahai ayah dari perangkap cinta yang dirancang oleh perempuan yang cintakan hartamu. Dengarlah dunia, aku akan tunjukkan.

No comments:

Post a Comment