Popular Posts

Tuesday 13 December 2011

Memo Rindu

Pejam celik, pejam celik aku tak sangka sudah lima tahun aku di tanah asing. Kini aku dalam perjalanan pulang ke kampung halamanku yang dah lama aku tunggalkan. Tanpa kusedari air mata ini menitis, hati ini terhasa hiba.

*****

"Along ada orang telefon along." Pantas aku menuju ke arah telefon rumah. Gagang telefon segera disambut dari adikku. Aku menarik nafas sebelum memberi salam.
"Waalaikumussalam. Ni Arina kan?" ujar pemanggil disebelah sana.
"Ya ini Arina, siapa ini?" Aku pura-pura tidak mengenali pemanggil tersebut sedangkan sebaik sahaja aku mendengar suara pemanggil tersebut aku sudah tahu gerangan siapa yang menelefon.
"Ilham." Hatiku melonjak gembira apabila si pemanggil mengenalkan diri.
Dengan suara yang sengaja dilembutkan aku bersuara. "Kenapa awak telefon?"
"Sa..sa..saya nak ajak awak keluar lepas SPM nanti. Harap awak tak tolak permintaan saya ini. Tapi kalau awak tak mahu, saya faham.. Err..okeylah saya nak.."
"Ilham."
"Awak tak perlu memaksa diri awak kalau permintaan saya ini terlalu berat."
"Ilham."
"Saya tak kisah kalau awak tak nak, memang hak awak untuk menolak. Awak.."
"Ilham! Bagilah saya cakap dulu. Saya tak.."
"Kalau awak tak sudi tak mengapa. Saya pergi dulu."
"Saya tak tahu nak pakai baju warna apa!"
Pemangil disebelah sana mendiamkan diri. Aku tahu dia terkejut dengan suaraku. Padan muka siapa suruh dia banyak cakap sangat, tak pasal-pasal aku terpaksa mengeluarkan aura kemarahanku.
"Ilham,awak masih disitu? Ilham?"
"Awak setuju?" Aku mengangguk. Seketika aku terasa bodoh, mana mungkin Ilham dapat melihat anggukan aku. "Ya."
Kedengaran bunyi sorakan dari sebelah sana. "Saya akan jemput awak sehari selepas SPM, pukul 2 petang. Saya kena pergi dah ni, terima kasih sebab sudi terima jemputan saya. Assalamualaikum Arina."
Hatiku melonjak riang. Pantas aku menyelak kalendar yang tergantung di dinding rumah. Tiga hari lagi!

No comments:

Post a Comment